PENGAMBILAN JANUARI 2016

Permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran MARA (IKM) Alor Setar bagi ambilan sesi Januari 2016 telah dibuka. Permohonan secara online boleh dibuat di www.ekemahiran.edu.my atau datang terus ke IKM Alor Setar untuk sebarang pertanyaan lanjut.

EUREKA INNOVATION EXHIBITION 2015

Tahniah di ucapkan kepada Pasukan Furniture In Life IKM Alor Setar di atas kejayaan merangkul Pingat Emas di Pertandingan EUREKA INNOVATION EXHIBITION 2015. Majlis telah diadakan pada 28-30 Julai 2015 bertempat di UniKL MSI, Kulim. Anugerah telah disampaikan oleh Yb. Dato' Norsabrina Binti Mohd Noor, Exco Kerajaan Negeri Kedah.